How to use this website:

  • Select your preferred language.
  • Scroll down from the homepage to begin.
  • Use the menu tabs at the bottom to move between sections.
  • Click using the middle of the henna hand cursor
  • Follow the ↓ scroll icon to continue exploring each section.

Mengenai Projek Ini

Exploring Coloniality and Precarity Engagements amongst Urban-Poor Resilient Malaysian Indian Women (EXCAPE URMI) ialah sebuah projek penyelidikan merentas disiplin antarabangsa yang mengkaji bagaimana kemiskinan yang berakar daripada sejarah buruh kontrak India semasa zaman penjajahan di Malaysia masih wujud hingga kini.
Dibiayai oleh British Academy International Interdisciplinary Grant, lebih 74 individu yang terlibat memainkan pelbagai peranan bagi menjayakan projek ini. Fokus utama ialah memahami bagaimana golongan wanita India Malaysia miskin bandar membina ketahanan komuniti, menelusuri legasi penjajahan yang masih berterusan — atau dikenali sebagai kolonialiti — dalam kehidupan seharian mereka, dan mencipta perubahan positif secara bersama.
Pameran digital ini, Di Luar Pinggiran: Dihimpit Bayangan Kolonial dan Ketidaktentuan Hidup menggabungkan pendekatan seni, projek photovoice dan penceritaan bagi meneliti bagaimana legasi penjajahan masih mempengaruhi pekerjaan, perumahan, peranan jantina, kebahagiaan dan kelangsungan hidup setiap hari.

Apa itu Penyelidikan Merentas Disiplin?

Penyelidikan merentas disiplin menggabungkan pakar-pakar daripada pelbagai bidang akademik serta rakan bukan akademik — seperti komuniti, pengamal, pembuat dasar atau artis — untuk menangani isu-isu kompleks.

Bukan sekadar menggabungkan pelbagai pendekatan disiplin, penyelidikan transdisiplin melangkaui sempadan disiplin untuk bersama-sama mencipta idea, kaedah dan penyelesaian baharu yang tidak dapat dicapai oleh satu bidang sahaja.
Pendekatan seperti ini sangat penting untuk memahami isu seperti kolonialiti dan ketidaktentuan hidup, yang merentasi bidang sejarah, sosiologi, gender, kajian bandar dan pengetahuan komuniti. Dengan cara ini, penyelidikan bukan sahaja kukuh dari segi teori tetapi juga relevan kepada masyarakat dan berpaksikan pengalaman sebenar. Projek EXCAPE URMI menjiwai pendekatan ini dengan mewujudkan kerjasama rapat antara pelbagai pihak berkepentingan termasuk badan kerajaan seperti All Party Parliamentary Group for Sustainable Development Goals (APPGM-SDG), NGO seperti MyFamily dan MySkill, serta Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang (NUPW).
Dengan sokongan yang diterima, dapatan projek ini diharap dapat membantu membentuk dasar awam berhubung kemiskinan bandar, terutamanya yang lebih memahami keunikan cabaran wanita India Malaysia. Projek ini turut memastikan keperluan utama kumpulan wanita ini didengar dan dipenuhi. Melalui bengkel kemahiran yang dibangunkan berdasarkan permintaan mereka sendiri, projek ini menyokong perubahan positif yang ingin dilihat dalam komuniti mereka.
Projek ini menggunakan kaedah Decolonial Critical Participatory Action Research (DCPAR) selama 16 bulan bagi membina, menyokong dan bekerjasama dengan kolektif penyelidik iaitu kumpulan peserta komuniti yang terdiri daripada 47 wanita India Malaysia yang tinggal di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Apa itu Decolonial Critical Participatory Action Research (DCPAR)?
DCPAR ialah satu pendekatan penyelidikan yang mencabar hierarki tradisional antara “penyelidik” dan “peserta”. Menerusi kaedah ini, ahli komuniti dilihat bukan sebagai subjek kajian, tetapi sebagai rakan penyelidik yang terlibat sepenuhnya — daripada membentuk soalan penyelidikan, mengumpul dan menganalisis data, sehinggalah berkongsi dapatan.
Asas Utama DCPAR adalah:
Kolaborasi: Penyelidikan dijalankan bersama komuniti, bukan terhadap komuniti.
Kesaksamaan: Pengetahuan akademik dan bukan akademik diberi nilai yang sama penting.
Tindakan: Tujuan penyelidikan bukan sekadar menghasilkan ilmu, tetapi menggunakannya untuk mendorong perubahan sosial.
Dekolonisasi: Kaedah ini menolak struktur pengetahuan kolonial yang meminggirkan ilmu tradisional dan kepakaran komuniti, memastikan pengalaman hidup mempunyai nilai setara dengan teori.
Membina Masa Depan: Dengan mewujudkan ruang bagi komuniti terpinggir membayangkan masa depan yang lebih bebas dan sejahtera, DCPAR mendedahkan realiti bahawa keadaan hidup yang tidak menentu menghalang sebarang rancangan jangka panjang.
Pembangunan Kapasiti: Memastikan kemahiran, keyakinan dan sumber yang diperoleh kekal dalam komuniti walaupun selepas projek tamat.
Mengalihkan kuasa dengan mengetengahkan suara dan pengetahuan golongan terpinggir.
Mencabar kolonialiti dengan mengimbangi kemodenan dengan amalan tradisional.
Ketidaktentuan hidup yang diwarisi turun-temurun, diperkukuh oleh halangan sistemik.

Apa Maksud Nama EXCAPE-URMI?

Singkatan EXCAPE-URMI ialah permainan kata yang mencerminkan tindakan perubahan yang ingin dicapai melalui projek ini. “Urmi” ialah nama umum yang digunakan untuk wanita India, manakala “Ur(u)mi” juga merupakan alat muzik tradisional genderang yang digunakan dalam muzik rakyat Tamil.
Suku Pertama: Persediaan
Fokus diberikan kepada proses merekrut peserta, mendapatkan kelulusan etika, menjalin kerjasama dengan NGO dan komuniti, serta mengukuhkan kapasiti penyelidikan dalam kalangan pasukan penyelidik Malaysia.
Suku Kedua: Penerokaan
Kerja lapangan dijalankan bersama kolektif di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang melalui format bengkel, dan konsep ketidaktentuan hidup dibangunkan bersama kumpulan kolektif.
Refleksi bertulis dan lisan dikumpulkan untuk merakamkan pelbagai pengalaman berlapis daripada ahli kolektif.
Suku Ketiga: Analisis
Bahan latihan dan data lapangan disintesiskan untuk mengenal pasti corak utama, dan dapatan awal dikongsi di persidangan.
Suku Keempat: Penyebaran
Draf awal kertas penyelidikan disiapkan, jurang dalam literatur dikenal pasti dan maklum balas dikumpulkan, serta pasukan kreatif direkrut untuk fasa seterusnya.
Suku Kelima: Penghasilan
Bengkel latihan untuk kolektif penyelidikan dibangunkan dan pelan penyebaran dirangka, termasuk langkah pengurusan risiko, bersama pasukan kreatif utama.
Suku Keenam: Komunikasi
Kolektif terlibat dalam bengkel kolonialiti dan etika, meneroka sejarah lisan dan penceritaan, dan bersama-sama mereka bentuk strategi komunikasi melalui rangka pameran digital.
Suku Ketujuh: Perayaan
Semakan dibuat berdasarkan maklum balas kolektif, dan pameran digital dilancarkan di Kuala Lumpur pada 6 Disember 2025.
Suku Kelapan: Penilaian
Penilaian kritikal dijalankan terhadap bahan latihan dan data; penyebaran dapatan melalui persidangan, pemetaan pameran dan penghasilan video; serta semakan dan maklum balas daripada kolektif penyelidikan tentang penyampaian data melalui laman web dan pameran.
Klik bulatan grafik biru untuk membaca bagi setiap suku tahun.