Kerja Di Lapangan
Projek ini menggunakan pelbagai kaedah dalam kerangka Decolonial Critical Participatory Action Research (DCPAR) untuk memahami bagaimana kolektif menafsir dan menghadapi ketidaktentuan hidup dan kolonialiti.
Jika anda ingin menggunakan kaedah ini dalam penyelidikan anda sendiri, sila hubungi Penyiasat Utama (Principal Investigator) untuk mendapatkan salinan manual penyelidikan EXCAPE URMI.
Skrol ke bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang telah dikongsi oleh kolektif dengan kami.
Precarity Pallaangkuzhi ialah sebuah permainan yang direka oleh pasukan penyelidikan untuk memikirkan konsep ketidaktentuan hidup menggunakan pengalaman yang dekat dengan budaya tempatan. Ahli kolektif memainkan versi yang diubah suai daripada permainan tradisional Tamil, pallaangkuzhi, di mana guli mewakili sumber individu seperti wang, bakat, masa dan rangkaian, manakala lubang melambangkan halangan dan peluang. Aktiviti ini menggalakkan kolektif untuk merenungkan ketidaktentuan hidup dan kebolehsuaian dalam kehidupan mereka sendiri.
Photovoice digunakan sebagai kaedah dan juga medium, di mana ahli kolektif mengambil gambar dan menerangkan bagaimana gambar itu berkait dengan sesuatu topik. Ini membolehkan wanita mendokumentasikan kehidupan mereka melalui imej mereka sendiri dan membina naratif dengan kata-kata mereka sendiri. Pendekatan penyertaan ini mengalihkan kuasa daripada penyelidik dan meletakkan pengalaman hidup sebagai keutamaan, mengetengahkan perjuangan harian yang sering tidak kelihatan di khalayak umum
Penceritaan digunakan sepanjang sesi libat urus sebagai cara untuk membayangkan masa depan mereka serta merenungkan realiti hidup nenek moyang mereka. Dalam konteks ini, penceritaan mempunyai keupayaan untuk menentang kolonialiti dan kesannya terhadap pemeliharaan serta kesinambungan sejarah keluarga, kekuatan dan kebijaksanaan nenek moyang dalam kalangan kolektif penyelidikan.
Minum teh menarik perhatian kepada sejarah buruh India dan Sri Lanka yang dibawa oleh British untuk bekerja di ladang teh di Cameron Highlands, yang ketika itu berdepan keadaan hidup yang buruk sambil membina asas industri teh Malaysia hari ini. Dengan menghidu dan merasai pelbagai jenis teh, kolektif merenungkan kaitan antara legasi sejarah dan objek harian ini.
Berdasarkan Theatre of the Oppressed oleh Augusto Boal, kolektif mempersembahkan lakonan pendek yang menggambarkan pelbagai pengalaman ketidaksamarataan jantina dalam peranan mereka sebagai ibu, isteri, anak perempuan dan pekerja. Aktiviti ini mengajak kolektif untuk terlibat dalam menganalisis realiti hidup mereka dan berfikir secara kritikal tentang kesamarataan gender.
Aktiviti Ulasan Tekstil merujuk kepada sejarah kawalan British terhadap industri kapas India, yang turut memberi kesan kepada pekerja di Tanah Melayu, di mana tradisi tekstil India menyesuaikan diri dan berkembang walaupun berlaku eksploitasi kolonial. Dengan menyentuh dan memeriksa pelbagai fabrik termasuk saree, batik dan cetakan blok, kolektif digalakkan untuk merenungkan sejarah kolonial dan pengaruhnya terhadap barang-barang harian ini.
Pembuatan kolaj digunakan sebagai kaedah kreatif untuk menonjolkan memori kolektif dan naratif peribadi tentang ketidaktentuan hidup. Dengan menggunting, menyusun lapisan dan mengatur imej, peserta memberi bentuk kepada pengalaman yang sering sukar diungkapkan dengan kata-kata. Proses ini mencerminkan realiti yang berpecah-pecah dan disusun semula yang dialami oleh wanita India Malaysia dalam kumpulan B40: mengimbangi pelbagai peranan, berpegang pada cebisan harapan, dan membina makna daripada sumber yang terhad.
Aktiviti pemetaan identiti dibentuk untuk menggalakkan renungan kritikal tentang kedudukan diri. Ahli kolektif memetakan identiti peribadi dan sosial mereka di sepanjang pelbagai paksi, dan kemudian digalakkan untuk merenungkan bagaimana mereka menjiwai subjektiviti dan identiti mereka dalam kehidupan seharian.
Ayvu Athicudi ialah satu siri aksiom, mencontohi koleksi pepatah satu baris oleh penyair Tamil, Avvaiyaar, yang menyampaikan etika penyelidikan dekolonial. Persetujuan termaklum dan pemahaman yang jelas tentang garis panduan etika penyelidikan adalah penting dalam Penyelidikan Tindakan Penyertaan Kritikal, di mana kolektif memainkan peranan aktif dalam proses membina pengetahuan. Penggunaan pengetahuan tradisional sedia ada ini menjadikan etika penyelidikan lebih mudah diakses oleh kolektif. Struktur dua perkataan bagi setiap aksiom juga membantu kolektif mengingati etika penyelidikan dalam setiap sesi, walaupun dipisahkan jarak masa panjang antara sesi-sesi bengkel.